Tumpuan :
Nasional

JSPT keluar 63 saman terhadap kenderaan buat halangan, parkir tempat larangan

Anggota trafik menjalankan pemeriksaan dan mengeluarkan saman terhadap kenderaan yang melakukan kesalahan dalam Op Halangan di sekitar ibu kota, semalam. – Foto: JSPT

KUALA LUMPUR: 63 saman dikeluarkan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) atas pelbagai kesalahan dalam Op Halangan di ibu kota, semalam.

Operasi bermula jam 10 malam itu dijalankan sekitar KLCC, Jalan Pinang, Jalan P Ramlee dan Jalan Yap Kwan Seng.

Ketua JSPT Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, seramai 30 pegawai dan anggota terbabit dalam operasi berkenaan.

“Tujuan operasi dilaksanakan adalah untuk mengambil tindakan ke atas kenderaan yang membuat halangan dan parkir di tempat yang tidak dibenarkan sehingga mengganggu pergerakan lalu lintas.

“Tindakan saman diambil ke atas kenderaan menyalahi peraturan jalan raya. Sebanyak 12 saman Pol 257 dan 51 saman Pol 170A dikeluarkan atas pelbagai kesalahan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, JSPT turut menasihati orang ramai yang berkunjung sekitar KLCC supaya tidak meletakkan kenderaan di bahu jalan dan dilarang mengambil gambar dari dalam kenderaan sehingga mengganggu laluan kenderaan lain.

Orang ramai yang mempunyai maklumat juga diminta menghubungi Hotline Balai Polis Trafik di talian 03-20260267/69 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini