comscore
Tumpuan :
Nasional

JSJK minta pelabur i-Serve tampil buat laporan polis – Bukit Aman

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf.- Foto fail NSTP

KUALA LUMPUR: Individu yang melabur dalam i-Serve Online Mall Sdn Bhd digesa membuat laporan polis bagi membantu siasatan ke atas syarikat terbabit.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, laporan polis itu penting bagi membantu siasatan menyeluruh terhadap i-Serve, QA Partnership, Trillion Cove dan MYAirline.

“JSJK meminta semua pelabur dalam i-Serve yang masih belum buat laporan untuk tampil membuat laporan polis terhadap jumlah pelaburan mereka.

“Laporan ini penting untuk membantu siasatan polis selanjutnya, kerjasama semua adalah sangat dihargai,” katanya pada kenyataan, hari ini.

Sebelum itu, media melaporkan pengasas bersama dan pemegang saham sebuah syarikat penerbangan bergelar Datuk bersama isteri dan anak lelaki mereka ditahan polis bagi siasatan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Pada 1 September lalu, Bank Negara Malaysia (BNM) pernah mengenakan penalti monetari pentadbiran berjumlah lebih RM50 juta terhadap I-Serve Online Mall Sdn Bhd dan enam syarikat lain di bawah Kumpulan I-Serve, kerana menerima deposit tanpa lesen.

Tindakan itu selepas siasatan BNM mendapati operasi syarikat itu melanggar Akta Perkhidmatan Kewangan (FSA) 2013 dan AMLATFPUAA 2001.

Loading...
Terkini