comscore
Tumpuan :
Nasional

Kes bunuh Zayn Rayyan: JPS bantu sedut air di lokasi penemuan mayat Zayn

Oleh: Aslina Abu Bakar

PETALING JAYA: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), membantu pihak polis dari unit forensik menyedut air di kawasan anak sungai, lokasi penemuan mayat Zayn Rayyan Abdul Matiin berdekatan Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini hari ini.

Difahamkan kerja-kerja menyedut air keluar dijalankan untuk mencari lebih banyak bahan bukti berkaitan pembunuhan kanak-kanak malang itu.

Sebelum itu, anggota peronda terlebih dahulu masuk ke kawasan terbabit kira kira jam 11 pagi dan diikuti Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan unit K9 kira-kira jam 11.45 pagi.

Turut kelihatan beberapa kakitangan JPS yang turut masuk ke lokasi siasatan dengan membawa peta dan peralatan sebelum kerja mengepam air dijalankan.

Semalam, media melaporkan lokasi penemuan mayat Zayn Rayyan menjadi tumpuan.

Mayat Zayn Rayyan ditemui di saliran air berdekatan takungan air, 200 meter dari rumahnya di Apartmen Idaman, Damansara Damai, kira-kira jam 10 malam pada 6 Disember lalu.

Kematian Zayn Rayyan kemudian diklasifikasi sebagai kes bunuh selepas bedah siasat menemukan kecederaan pada leher dan badan kanak-kanak itu.

| ARTIKEL BERKAITAN

 

Loading...
Terkini