Tumpuan :
Nasional

JPNT nafi isu tular murid makan, minum di tengah panas

Sebahagian murid sebuah sekolah rendah mengambil kesempatan untuk makan dan minum ketika sesi rehat di kawasan lapang.

KUALA TERENGGANU: Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) menafikan murid sebuah sekolah rendah di daerah Kemaman dibiarkan makan dan minum di tengah cuaca panas.

Pengarahnya Jelani Sulong berkata, suasana di kantin sekolah itu sebenarnya sangat kondusif dan mampu menampung murid untuk makan serta minum pada waktu rehat.

Pihaknya mengakui terdapat beberapa kanopi yang digunakan murid sebagai tempat berteduh rosak disebabkan dipukul ribut, Selasa lalu.

“Dakwaan murid makan dan minum pada sesi rehat di tengah panas seperti dimuat naik dalam media sosial Facebook (FB) adalah tidak berasas.

“Suasana kantin di sekolah itu sangat kondusif dan memang muat untuk semua murid sekolah makan dan minum pada sesi rehat,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Jelani berkata demikian ketika mengulas isu tular murid terpaksa makan dan minum di tengah panas berikutan kanopi rosak dipukul ribut.

Mengulas lanjut, Jelani berkata, semua kerosakan di kantin termasuk di dalam bilik darjah di sekolah itu sudah dibaiki JPNT.

“Kanopi berkenaan hanya untuk murid-murid berteduh secara santai dan bukannya untuk makan semasa rehat. Gambar dan berita yang dimuat naik melalui laman sosial itu tidak berasas,” ujarnya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini