comscore
Tumpuan :
Nasional

JPM selaras HSN 2023 di negeri pembangkang

Hari Sukan Negara 2023

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengesahkan pihak Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) akan kendalikan Hari Sukan Negara (HSN) 2023 di negeri pembangkang.

Menurut kenyataan KBS, ia bertujuan melancarkan pengurusan dan pentadbiran pelaksanaan membabitkan program serta aktiviti Kerajaan Persekutuan.

Bagaimanapun, kenyataan itu memaklumkan, Menteri Besar dan EXCO Belia dan Sukan negeri berkenaan turut dijemput bagi memeriahkan penganjuran program di peringkat negeri masing-masing.

“HSN 2023 akan tetap berjalan dan dilaksanakan di negeri pembangkang dan penyelarasannya akan dipengerusikan ICU JPM, seperti yang diputuskan Kabinet kerajaan sebelum ini.

“HSN adalah agenda nasional bagi membudaya dan merakyatkan sukan tanpa mengira fahaman politik, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam, Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, mendakwa EXCO sukan di empat kerajaan negeri ditadbir Perikatan Nasional (PN) tidak lagi akan mempengerusikan HSN peringkat negeri seperti sebelum ini.

Katanya, urusan di Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah itu akan diserahkan kepada ICU JPM dan menyifatkan perkara itu sebagai politik yang tidak sihat.

Loading...
Terkini