Tumpuan :
Nasional

JPJ nafi letak syarat tambahan kepada warga emas perbaharui lesen memandu

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan ada meletakkan syarat tambahan kepada warga emas yang ingin memperbaharui Lesen Memandu Malaysia (LMM), seperti yang tular di media sosial.

Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, proses pembaharuan LMM bagi golongan itu masih tertakluk kepada syarat dan prosedur operasi standard (SOP) sedia ada mengikut Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Orang ramai diingatkan tidak menyebarkan maklumat yang tidak benar dan meneliti setiap maklumat diterima.

“JPJ sentiasa berusaha dan komited untuk memastikan kesejahteraan orang awam terutamanya pelanggan JPJ sentiasa terpelihara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengulas mengenai hantaran tular di media sosial kononnya JPJ menetapkan syarat tambahan kepada golongan warga emas iaitu perlu menjalani penilaian kompetensi dan kesihatan sebelum memperbaharui LMM.

Aedy berkata, orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut berkaitan pembaharuan LMM dengan melayari laman sesawang di www.jpj.gov.my.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini