Tumpuan :
Nasional

Jojo One Nation Emcees meninggal dunia, rebah di masjid

 

KUALA LUMPUR: Anggota kumpulan One Nation Emcees, Jojo atau nama sebenar, Nur Hasan Balas, 50, meninggal dunia selepas rebah di Masjid Sri Petaling dekat sini, pagi tadi.

Khabar duka itu dimaklumkan bekas anggota kumpulan One Nation Emcees, Mimi Fly, sebentar tadi.

Mimi bagaimanapun tidak dapat berkongsi butiran lanjut kerana masih menunggu keputusan bedah siasat ke atas jenazah Allahyarham Jojo.

“Arwah berada di Masjid Sri Petaling sebab ada perjumpaan bersama kumpulan tabligh. Ketika majlis itu hendak habis dan hadirin sedang berdoa, dia rebah.

“Sekarang jenazah sedang diuruskan. Saya belum tahu di mana jenazah hendak dikebumikan. Saya masih menunggu maklumat,” katanya.

Mimi berkata, ketika hayatnya, Allahyarham Jojo pernah berpesan kepada isteri untuk dikebumikan di tanah perkuburan di lokasi dia menghembuskan nafas terakhir.

Tambah Mimi, isteri dan anak Allahyarham Jojo sedang dalam perjalanan dari Taiping, Perak menuju ke Masjid Sri Petaling.

Mimi berkongsi Allahyarham Jojo pernah diserang angin ahmar.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini