Oleh : Zahir Senapiah
JOHOR BAHRU: Kerajaan Johor akan melancarkan Program “Semarak Subuh” bermula Jumaat ini.
Program membabitkan 838 buah masjid dan 1,942 buah surau di seluruh Negeri Johor sepanjang tahun 2024.
Ia membabitkan semua Ahli-Ahli Dewan Negeri Johor atau wakilnya bagi yang bukan beragama Islam mengikut lokaliti dan zon masing-masing.
Langkah ini merupakan inisiatif dalam strategi memperkukuh tadbir urus syiar Islam, belanjawan Johor 2024.
Justeru semua dijemput menjayakan program berkenaan di masjid dan surau kawasan masing-masing.