comscore
Tumpuan :
Hiburan

[VIDEO] JKM memang datang ke rumah selepas menerima laporan – Nurul Shuhada

KUALA LUMPUR: “Dia sendiri pun tahu, saya tak pernah abaikan anak-anak.”

Itu luahan bekas isteri pelakon, Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri, ketika diminta mengulas mengenai kediamannya dikunjungi oleh pihak JKM kerana didakwa mengabaikan anak-anaknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by OHBULAN! (@ohbulanofficial)

“Adakah dia lebih sanggup melihat anak-anak diambil oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daripada dijaga oleh ibu mereka sendiri?”

“Pihak JKM memang datang ke rumah selepas menerima laporan. Mereka hanya menjalankan tugas mereka dan saya rasa, tak ada masalah pun.

“Cumanya, yang membuatkan saya terkilan adalah, kenapa dia membuat laporan dan dakwaan kononnya saya mengabaikan anak-anak sedangkan itu tidak benar sama sekali.

Ditanya sama ada pihak Hafidz memberikan alasan kukuh dan mengapa tindakan membuat laporan kepada JKM itu dibuat, Shuhada juga tidak tahu apa alasannya.

“Dia tak berikan sebarang sebab atau alasan, mengapa dia bertindak sedemikian. Saya tak pernah menuduh dia apa-apa.

“Tapi, sampai hati dia menuduh saya menggunakan anak-anak untuk cari duit. Saya cari duit, cari rezeki pun untuk tanggung kehidupan saya dan anak-anak,” katanya.

Pagi tadi, Shuhada hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam untuk prosiding tuntutan hadanah, namun permohonannya untuk memasukkan nama ibunya, Wan Latipah Yusof sebagai respondan kedua bagi menjaga kedua-dua anaknya, tidak dipersetujui oleh pihak Hafidz.

“Ketika kami masih bergelar suami isteri pun, memang ibu saya yang akan membantu menjaga anak kalau ada apa-apa berlaku, contohnya salah seorang anak masuk hospital atau apa.

“Jadi, alasan saya memang kukuh memandangkan saya pun ada ketikanya, perlu keluar bekerja mencari rezeki. Tapi, pihak mereka menolak permohonan itu.

“Dia minta hadanah kekal, dimana hak penjagaan anak adalah untuk dia seorang sahaja. Jadi, dalam kata lain, kalau saya nak berjumpa anak, saya tak boleh bermalam dengan anak-anak,” katanya.

Shuhada dan Hafidz berumah tangga pada 30 April 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata, Humairah dan Umar sebelum sah bercerai dengan talak satu pada 27 Julai lalu.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini