
PUTRAJAYA: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan mengatur pegawainya bagi menyantuni dan memberikan sokongan psikologi kepada keluarga mangsa nahas pesawat ringan model BK 160 Gabriel yang terhempas di Kampung Tok Muda di Kapar, Klang semalam.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pegawai JKM telah bertindak segera untuk memberikan perkhidmatan sebaik sahaja mengetahui mengenai insiden berkenaan.
“Kebiasaannya (santuni waris) itu kita lakukan. Saya amat berterima kasih dengan semua agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat terutama JKM yang sentiasa menyantuni mangsa (dan waris) serta cepat bertindak.
“Sama-sama kita hargai perkhidmatan diberikan. Terima kasih kepada JKM,” katanya kepada media selepas sesi taklimat media sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2024 di KPWKM hari ini,
Mengikut manifest (senarai penumpang dan anak kapal) yang didaftarkan, mangsa yang terbunuh ialah juruterbang Daniel Yee Hsiang Khoon, 30, dan pembantu juruterbang Roshaan Singh Raina, 42.
Kedua-dua mangsa dipercayai terbenam bersama bahagian kokpit pesawat di kawasan ladang kelapa sawit dalam kejadian yang dilaporkan berlaku pada 1.45 tengah hari semalam.
Pesawat dikendalikan Air Adventure Flying Club itu berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang pada 1.28 tengah hari untuk penerbangan rekreasi.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.
| ARTIKEL BERKAITAN
- Pesawat terhempas: Bedah siasat dua mangsa dilakukan 8 pagi esok
- Kronologi pesawat BK 160 Gabriel terhempas di Kapar
- [VIDEO] Pesawat terhempas: Kedua-dua mayat mangsa berjaya dibawa keluar jam 7.50 malam
- Pesawat terhempas: Usaha keluarkan mangsa dijangka ambil masa tiga jam
- [TERKINI] Pesawat terhempas: Polis sahkan dua individu terkorban, mayat terbenam dua meter
- Pasukan penyelamat guna jengkaut keluarkan badan pesawat
- Pesawat terhempas: Individu dipercayai waris mangsa kelihatan di lokasi
- [VIDEO] Pesawat terputus hubungan 1:35 tengah hari, dua mangsa belum ditemui
- [KEMAS KINI] [VIDEO] Pesawat ringan terhempas di Kapar, Klang
- [VIDEO] Penduduk terkejut serpihan sayap dan tayar pesawat terjatuh belakang rumah
- Gali secara manual selain guna jengkaut, keluarkan mayat mangsa – Bomba
- Pesawat terhempas: Mangsa ditemukan dalam kokpit pada kedalaman 1.52 meter