comscore
Tumpuan :
Nasional

JKM akan dapatkan perintah jagaan sementara adik Zayn Rayyan

 

Zayn Rayyan Abdul Matiin. -FOTO arkib NSTP

KUALA LUMPUR: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan mendapatkan perintah jagaan sementara terhadap adik kepada kanak-kanak autistme, Zayn Rayyan Abdul Matiin.

Pengarah JKM Selangor, Azmir Kassim berkata, perintah berkenaan akan dimohon di mahkamah.

“Kanak-kanak berusia enam tahun berkenaan akan ditempatkan di tempat selamat di bawah jagaan JKM.

“JKM akan menentukan dalam siasatan nanti sama ada orang yang layak dan sesuai untuk menjaga selepas selesai siasatan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Semalam, JKM mengesahkan kanak-kanak berkenaan kini berada dalam jagaan JKM Selangor.

Difahamkan JKM Selangor datang ke rumah keluarga ibu bapa Zayn Rayyan di Puncak Bestari sebelum kanak-kanak lelaki itu dibawa ke sebuah hospital untuk pemeriksaan.

Terdapat keperluan untuk JKM mengambil kanak-kanak terbabit susulan pendakwaan ibu bapanya di mahkamah semalam.

Terdahulu ibu dan bapa kepada Zayn Rayyan didakwa di Mahkamah Sesyen atas tuduhan pengabaian dengan kemungkinan boleh menyebabkan kecederaan ke atas kanak-kanak itu, tahun lalu.

Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnoh.

Mengikut pertuduhan, pasangan suami isteri yang berusia 29 tahun itu didakwa bersama-sama sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap anak mereka, Zayn Rayyan, 6, mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini