comscore
Tumpuan :
Nasional

JKKP Kedah siasat kemalangan maut di tapak pelupusan sisa pepejal

Oleh: Kumaran Rajamoney

KULIM: Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Kedah menjalankan siasatan ke atas satu kejadian kemalangan maut melibatkan pekerja lori compactor sampah di tapak pelupusan sisa pepejal Sanitari Padang Cina, di sini lewat petang Isnin.

Pengarahnya, Idris Abdul Rahman memaklumkan kemalangan itu berlaku apabila mangsa dilanggar sebuah lori hantu yang hilang kawalan semasa sedang menjalankan kerja.

“Hasil siasatan awal mendapati, majikan gagal mengemukakan sebarang dokumen penaksiran risiko dan prosedur kerja selamat bagi semua aktviti kerja.”

“Majikan bertanggungjawab untuk mengenal pasti terlebih dahulu bahaya-bahaya di tempat kerja, membuat penilaian risiko dan seterusnya mengadakan kawalan risiko yang berkesan sebelum pekerja menjalankan aktiviti kerja,” katanya.

Langkah itu tambahnya dapat mengurangkan risiko keselamatan ke atas pekerja dan kemalangan boleh dielakkan.

Anggota Bomba dan Penyelamat sedang membantu mangsa kemalangan yang berlaku awal padi tadi jam 6.20 pagi membabitkan lima pelajar Politeknik Port Dickson dan seorang penunggang motosikal di Kilometer 28 Lebuhraya Seremban – Port Dickson. FOTO Ihsan Bomba

“JKKP memandang serius setiap kemalangan yang berlaku melibatkan pekerja mahupun orang awam.

“Kejadian seumpama ini boleh dielakkan jika majikan melaksanakan pengenalpastian, penaksiran dan kawalan risiko (HIRARC) termasuk mengadakan prosedur kerja selamat di tempat kerja.”

Justeru, JKKP Kedah katanya akan mengambil tindakan perundangan ke atas pihak yang bertanggungjawab sekiranya didapati terdapat perlanggaran di bawah peruntukan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

Loading...
Terkini