comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] JKDM pandang serius insiden tembakan dalam operasi banteras seludup minyak

 


KUALA LUMPUR: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) memandang serius insiden sekumpulan individu disyaki penyeludup melepaskan tembakan ke arah anggota JKDM yang menjalankan tugas operasi membanteras penyeludupan minyak petrol dan diesel di Kelantan.

Ketua Pengarah Kastam Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin berkata, JKDM melahirkan rasa syukur tiada anggota tercedera dalam insiden terbabit.

Menurutnya, insiden itu tidak melunturkan semangat anggota JKDM untuk terus menggalas tugas mengutip hasil negara, memberi fasilitasi perdagangan dan mengawal sempadan.

“Cabaran dan halangan semasa menjalankan tugas penguatkuasaan adalah rutin yang ditempuhi oleh anggota JKDM dalam menjaga kedaulatan negara seharian.

“JKDM akan sentiasa memperkasakan strategi untuk menghalang penyeludupan dan mengekang ketirisan hasil demi kemakmuran negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, JKDM sentiasa komited dalam menangani isu dan permasalahan yang membabitkan aktiviti penyeludupan dan akan terus bertindak tegas terhadap mereka yang membabitkan diri di dalam aktiviti jenayah rentas sempadan ini berdasarkan punca kuasa perundangan yang berkuatkuasa.

Terdahulu, sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan berdepan detik cemas apabila diancam penyeludup termasuk dilepaskan tiga das tembakan.

Kejadian berlaku ketika operasi penguatkuasaan di Sungai Golok di Kampung Simpangan, Pengkalan Kubor, di sini, pada jam 9.45 pagi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini