comscore
Tumpuan :
Hiburan

Jimin cipta rekod artis K-pop terpantas capai 1 bilion ‘streaming’

Ahli kumpulan popular, BTS, Jimin diiktiraf GWR sebagai artis solo K-pop lelaki terpantas meraih rekod satu bilion ‘streaming’ melalui platform muzik, Spotify. – FOTO: REUTERS

PETALING JAYA: Jimin, salah seorang ahli kumpulan popular, BTS, diiktiraf Guinness World Records (GWR) sebagai artis solo K-pop lelaki terpantas meraih rekod satu bilion ‘streaming’ melalui platform muzik, Spotify.

Menurut portal muzik K-pop, Soompi, GWR mengumumkan Jimin, 27 tahun, mencapai rekod satu bilion ‘streaming’ di Spotify, dalam tempoh 393 hari.

Sebelum ini, rekod ‘streaming’ tertinggi dipegang seorang lagi ahli BTS, iaitu Jungkook yang mencapai lebih satu bilion ‘streaming’ dalam tempoh 409 hari.

Agensi melaporkan, rekod ‘streaming’ itu diperoleh kebanyakannya daripada album solo pertamanya, Face, iaitu merangkumi rangkaian lagu seperti Like Crazy, Set Me Free Part 2 dan empat dendangan lain.

Lagu popular Jimin lain termasuk Vibe hasil gandingan dengan ahli Big Bang, Taeyang, ‘With You’ menampilkan Ha Sung Woon dan Angel Part 1.

Sementara itu, peminat BTS di Asia Tenggara berpeluang menyaksikan seorang lagi ahli kumpulan BTS, Suga beraksi pada konsert secara langsung sempena siri jelajahnya.

Suga beraksi di Jakarta, Indonesia selama tiga malam sejak Jumaat lalu dan dijadual tampil di Bangkok, Thailand, pada 9 Jun ini disusuli Singapura, pada 16 Jun.

Loading...
Terkini