comscore
Tumpuan :
Nasional

JIM tegaskan tiada toleransi terhadap kekerasan, penderaan terhadap tahanan

PETALING JAYA: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak akan berkompromi dengan sebarang kelakuan berbentuk kekerasan dan penderaan kepada mana-mana tahanan Imigresen.

Dalam satu kenyataan, Pengarah JIM, Datuk Zakaria Shaaban berkata, pihaknya merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), mengenai insiden 131 tahanan etnik Rohingya melarikan diri dari Depot Imigresen Sementara Bidor (DISB) pada 1 Februari lalu yang didakwa didera oleh pegawai JIM.

“JIM mengambil maklum dan memandang serius terhadap penemuan hasil siasatan pihak EAIC bahawa terdapat unsur kekerasan dan penderaan fizikal dan mental terhadap tahanan oleh beberapa pegawai JIM bermula tahun 2020 hingga 2021.

“JIM tidak akan berkompromi terhadap apa jua bentuk penyalahgunaan kuasa oleh mana-
mana pegawai.

“Bagaimanapun, pihak Jabatan sedang menunggu laporan penuh daripada EAIC berkaitan hasil siasatan bagi JIM mengambil tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada masa sama, JIM, katanya akan mengambil tindakan perundangan yang tegas terhadap pegawai-pegawai yang didapati menggunakan kekerasan dan penderaan kepada mana-mana tahanan di setiap depot Imigresen di seluruh negara.

Terdahulu, EAIC dalam satu kenyataan mendedahkan wujud elemen kekerasan dan penderaan terhadap tahanan etnik Rohingya bermula sejak 2020 hingga 2021 ketika mereka ditempatkan di Kem Wawasan Langkawi sebelum dipindahkan ke beberapa depot imigresen, termasuk DISB.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini