PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen akan memperkenalkan pas khas dalam talian (eSP) bagi warga asing yang ingin memasuki dan tinggal di Malaysia tidak melebihi tempoh 30 hari, mulai Januari tahun depan.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, inisiatif itu antara usaha pendigitalan dalam memperkasakan kecekapan pentadbiran dan mempercepatkan urusan kerajaan.
“Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Jabatan Imigresen meluncurkan pelaksanaan eSP yang merupakan antara inisiatif dalam menstransformasi penyampaian perkhidmatan ke arah pendigitilan.
“Pas khas ini adalah satu dokumen yang dikeluarkan kepada warganegara asing bertujuan memberi hak kepada pemegang masuk dan tinggal di Malaysia tidak melebihi 30 hari berdasarkan kepada peraturan 14, Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.