Tumpuan :
Nasional

JIM Johor berkas 18 pengemis warga asing

Jabatan Imigresen Johor memberkas pengemis warga asing di tapak pasar malam Kampung Majidee dan Taman Abad.

JOHOR BAHRU: Jabatan Imigresen Johor memberkas 18 pengemis warga asing dalam dua operasi berasingan selepas menerima aduan orang ramai.

Pengarahnya, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus berkata, serbuan bermula jam 7 petang itu membabitkan tapak pasar malam di Kampung Majidee dan Taman Abad.

Katanya, seramai 18 warga asing yang mengemis telah ditahan masing-masing empat warga China, Thailand, Kemboja, Syria dan masing-masing satu warga Bangladesh dan Pakistan.

“Kesemua yang ditahan berumur dalam lingkungan 40-an dan mempamerkan kecacatan anggota badan bagi tujuan meraih simpati orang ramai,” katanya.

Mohd Rusdi berkata, siasatan awal mendapati kesemua pengemis mampu meraih purata pendapatan hingga RM600 sehari.

Tegasnya, kesemua yang ditahan akan disiasat dibawah Akta Imigresen 1959/63 dan peraturan-peraturan imigresen 1963.

Mereka yang ditahan dibawa ke depo Imigresen di Setia Tropika untuk tindakan lanjut.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini