comscore
Tumpuan :
Nasional

Jeti runtuh, 5 pemancing diselamatkan

Lima pemancing yang diselamatkan selepas hanyut akibat ombak besar. – Foto ihsan Maritim Malaysia

MUAR: Lima pemancing berdepan detik cemas apabila jeti menghubungkan daratan dengan kelong bagi aktiviti memancing musnah dan dihanyutkan air di Pantai Seri Menanti, di sini, malam tadi.

Kejadian berlaku kira-kira jam 9.40 malam akibat cuaca buruk dan laut bergelora.

Pengarah Zon Maritim Batu Pahat, Komander Mohd Haniff Mohd Yunus, berkata pihaknya menyedari insiden itu selepas dihubungi salah seorang mangsa memaklumkan mengenai kejadian itu yang menyebabkan mereka terputus hubungan dari daratan.

“Kita bergegas ke lokasi untuk membantu dan kelima-lima pemancing terbabit diselamatkan sebelum dibawa ke jeti nelayan Seri Menanti untuk diserahkan kepada polis bagi tindakan lanjut.

“Semua mangsa berusia antara 15 hingga 43 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Mohd Haniff memaklumkan pihaknya turut menerima dua aduan berkenaan dua bot ‘barter trade’ tenggelam di perairan Batu Pahat pagi tadi.

Katanya, bot pertama KLM Bahtera Jaya tenggelam kira-kira 0.9 batu nautika Barat Daya Segenting ketika dalam perjalanan dari Batu Pahat menuju Indonesia.

“Siasatan awal mendapati bot terbaik disyaki tenggelam akibat kebocoran pada bahagian enjin.

“Dalam kejadian berasingan sebuah lagi bot sama, KLM Bersama Jaya membawa enam kru dari Indonesia menuju Batu Pahat turut tenggelam di kedudukan lebih kurang 11.2 batu nautika Barat Daya Benut.

“Semua mangsa dalam kedua-dua bot berusia lingkungan 20 hingga 62 tahun diselamatkan bot barter trade berhampiran ketika kejadian,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini