Tumpuan :
Nasional

Jerebu: Bacaan IPU semakin pulih

PETALING JAYA: Bacaan indeks pencemaran udara (IPU) di Seremban yang mula mencatatkan IPU tidak sihat sejak Rabu mula menunjukkan penurunan.

Setakat jam 10 pagi ini, bacaan IPU di Seremban  direkodkan 104,  berbanding 151, jam 10 pagi semalam.

Berdasarkan laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Petaling Jaya dan Banting kekal merekodkan bacaan IPU pada tahap seperti semalam.

Pada jam10 pagi tadi, bacaan IPU di Petaling Jaya dicatatkan 78 manakala di Banting (87), Nilai (90).

Sementara itu, 64 lokasi lain seperti Johan Setia, Selangor, mencatatkan bacaan sederhana dengan IPU 89, Putrajaya ( 82) dan Shah Alam, (85).

Tujuh lokasi merekodkan bacaan IPU tahap baik pagi ini iaitu Kota Kinabalu (47) dan Kimanis(43) di Sabah manakala di Sarawak, bandar Kapit dan Sarikei IPU (33), Mukah (44), Sibu (41) dan Samarahan (49).

Bacaan IPU antara 0 hingga 50  dikategorikan paras baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.

Loading...
Terkini