comscore
Tumpuan :
Nasional

Jerebu: 18 kawasan catat IPU tak sihat pagi ini

KUALA LUMPUR: Sebanyak 18 kawasan di lapan negeri merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat pagi ini.

Berdasarkan kemas kini laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) setakat jam 9 pagi ini, Batu Pahat, Johor dan Bukit Rambai, Melaka mencatatkan bacaan IPU tidak sihat tertinggi iaitu 163.

Turut merekodkan IPU tidak sihat adalah Nilai (161), Larkin (158), Alor Gajah (156), Bandaraya Melaka (155), Segamat (155), Tangkak (155), Cheras (154), Port Dickson (153) Pasir Gudang (152), Seremban (151), Putrajaya (143), Banting (127), Rompin (120), Kemaman (111), Batu Muda (103), Paka (102).

Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Sementara itu, 44 stesen di seluruh negara merekodkan IPU tahap sederhana.

Antara kawasan yang berada di tahap ini adalah Indera Mahkota Kuantan (99) diikuti Kluang (98), Petaling Jaya (97), Shah Alam (97), Klang (96) dan Pengerang (92).

Sementara itu, hanya lima kawasan di tiga negeri merekodkan IPU yang baik iaitu di Langkawi, Kedah merekodkan bacaan 47; di Sabah iaitu di Kota Kinabalu (49), Kimanis (28), Keningau (36) dan di Sibu, Sarawak (48).

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini