Tumpuan :
Kemalangan

[VIDEO] Jentera bomba terbalik

KEMAMAN: Lima anggota bomba dan penyelamat Bandar Cheneh Baru nyaris maut, selepas jentera bomba dinaiki mereka terbabas sebelum terbalik di sini tengah hari tadi.

Nahas berlaku di Jalan Jerangau-Jabor berhampiran Bandar Cheneh Baru kira-kira jam 1.10 tengah hari.

Ketika kejadian jentera bomba terbabit dalam perjalanan pulang ke Balai Bomba Bandar Cheneh Baru selepas selesai melakukan pemeriksaan rutin di Sekolah Kebangsaan Padang Kubu, di Kijal.

FOTO: NSTP

Setibanya di lokasi jentera terbabit dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke kanan jalan sebelum terbalik di lereng bukit.

Ketua Zon 2 Bomba dan Penyelamat Terengganu, Azman Alias berkata, semua mangsa selamat dan hanya mengalami kecederaan ringan.

Semua anggota berkenaan kemudiannya dibawa ke klinik kesihatan berhampiran untuk pemeriksaan lanjut.

Katanya pihaknya akan membuat siasatan lanjut bagi mengenal pasti  punca kejadian.

Loading...
Terkini