comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Keluarga masih menunggu laporan bedah siasat

Oleh: Aslina Abu Bakar

PETALING JAYA: Keluarga masih lagi menunggu keputusan bedah siasat Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6 yang dijalankan di unit Forensik Hospital Sungai Buloh.

 

Menurut bapanya, Zaim Ikhwan Zahari, 28 jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara dijangka sebelum Zohor.

Bagaimanapun, beliau memaklumkan urusan pengebumian bagaimanapun masih bergantung kepada pihak hospital dan keputusan laporan bedah siasat.

“Kami bercadang untuk melakukan solat jenazah di Masjid Damansara Damai dan akan mengebumikan jenazah di Tanah Perkuburan Islam, Sekyen 9 Kota Damansara.

“Bagaimanapun kami belum pasti lagi sebab ia bergantung kepada pihak hospital,” katanya yang ditemui di Hospital Sungai Buloh, di sini, hari ini.

Sementara itu, Sementara itu  Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohd Fakhrudin Abdul Hamid berkata bedah siasat bermula pada jam 9:30 pagi tadi dan dijangka mengambil masa selama satu ke dua jam.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini