KUALA LUMPUR: Jenazah bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin selesai disolatkan di Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta di sini pada jam 4.48 petang selepas solat Asar.
Solat jenazah dipimpin anak saudara Daim, Amir Imran dengan turut disertai bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Tan Sri Muhyidddin Yassin; Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil; Presiden Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa.
Solat jenazah itu dihadiri kira-kira 1,000 hadirin terdiri daripada ahli keluarga, kenamaan, kenalan serta sahabat handai,.
Jenazah Allahyarham Daim kemudiannya dibawa ke Tanah Perkuburan Bukit Kiara 1 untuk dikebumikan.
Kematian Daim di Hospital Assunta, Petaling Jaya olehpeguamnya, Datuk Dr Gurdial Singh Nijar.
Daim ِmenghembuskan nafas terakhirnya pada jam 8.21 pagi tadi pada usia 86 tahun.
Daim berkhidmat sebagai Menteri Kewangan dua kali, yang pertama dari 1984 hingga 1991 di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di mana beliau memainkan peranan penting dalam mengurus ekonomi Malaysia dan melaksanakan pelarasan struktur.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.