comscore
Tumpuan :
Nasional

Jenazah Tun Abdul Taib tiba di Kuching

KUCHING: Jenazah bekas Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) tepat jam 4.26 petang ini.

Jenazahnya diterbangkan dengan pesawat Hercules C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dari Pangkalan Udara Subang pada jam 12.30 tengah hari dengan diiringi isterinya, Toh Puan Raghad Kurdi Taib.

 

Foto: NSTP

Turut serta beberapa ahli keluarga termasuk semua empat anaknya, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir, Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman, Jamilah Hamidah dan Datuk Hanifah Hajar.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg, serta tiga timbalannya, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan turut berada di LTAK menyambut ketibaan jenazah.

Sebaik tiba, jenazah Allahyarham dibawa balik ke kediamannya di Demak Jaya, Petra Jaya, di sini.

Esok, jenazah akan akan dibawa ke Dewan Undangan Negeri (DUN) dan orang ramai boleh memberi penghormatan terakhir mulai jam 8 pagi hingga 12 tengah hari.

Selepas itu jenazah akan dibawa ke Masjid Demak untuk disolatkan sebelum disemadikan di perkuburan keluarga di Demak Jaya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini