comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Jenazah tragedi kepala air yang ke-8 dikebumikan

 

Oleh Fazli Ahmad

KUANTAN: Jenazah mangsa lemas kelapan tragedi kepala air di Jeram Mawar, Kemaman, Terengganu, Allahyaraham Putri Alleya Maisarah Karim selamat dikebumikan bersebelahan pusara ibu bapa dan lima beradiknya di Tanah Perkuburan Lepar Hilir 3, dekat sini, lewat malam tadi.

Terdahulu, van membawa jenazah gadis berusia 16 tahun itu tiba di Masjid Ubbudiah Felda Lepar Hilir 3, kira-kira jam 10.45 malam untuk solat jenazah.

Jenazah kemudian dibawa ke tanah perkuburan untuk dikebumikan kira-kira jam 11 malam.

Suasana pilu menyelubungi pengkebumian yang dihadiri keluarga terdekat dan kenalan Allahyarham.

Jenazah bapanya Karim Abdullah, 39, dan ibunya Azizah Eiyi, 40, serta lima adik-beradiknya dikebumikan malam kelmarin.

Allahyarham Putri Alleya Maisarah ditemukan petang Isnin lalu dan hingga kini seorang lagi ahli keluarga terbabit masih hilang.

 

Turut belum ditemui Muhammad Fikri Saliman, 24, tunang kakak Allahyarham.

Mereka menjadi mangsa fenomena kepala air ketika berkhemah di Jeram Mawar, Sabtu lalu.

 

Loading...
Terkini