comscore
Tumpuan :
Nasional

Jenazah tiga wanita warga emas maut kemalangan, selamat dikebumi

`

PONTIAN: Jenazah tiga wanita warga emas yang terlibat dalam nahas kemalangan jalan raya di Kilometer 167 Jalan Johor Bahru Seremban petang semalam, selamat dikebumikan.

Pengebumian jam 5 petang, di dua lokasi tanah perkuburan sekitar Pekan Benut di sini, hari ini.

Artikel berkaitan: Tiga wanita maut kemalangan di Segamat

Jenazah Indok Akok Daeng Sitakak, 89, dan Tahalallah Abd Fatah berusia 62 tahun dikebumikan dalam satu liang di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Kerimun selepas disolatkan di Masjid Parit Kerimun.

Manakala jenazah Fatimah Ismail dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tampok Benut.

Jarak antara tanah perkuburan Parit Kerimun dan tanah perkuburan Tampok sejauh kira-kira 5 kilometer.

Terdahulu media melaporkan kemalangan berlaku pada jam 5.55 petang semalam yang membabitkan tiga buah kenderaan Perodua Alza, Honda Jazz dan Toyota Hilux.

Dalam kejadian itu, seramai 11 yang lain mengalami kecederaan, tiga meninggal dunia dan masing- masing dihantar ke Hospital Segamat.

Warisnya, (cucu kepada Indok Akok) Norani Gino, 33, berkata dia sedih di atas kematian yang melibatkan tiga tali persaudaraan.

“Indok Akok merupakan ibu,Fatimah menantu dan Tahallah anaknya yang pergi buat selama meninggalkan semua ahli keluarga termasuk anak, cucu dan cicit.

“Kesemua mereka amat baik dan jika bertemu sering memberi peringatan, jadilah orang yang baik, dalam kesibukan tugas harian, jangan lalai kawajiban perintah Allah,” katanya yang bekerja di sektor swasta di Kuala Lumpur.

Katanya tiga bersaudara yang meninggal dunia di lokasi kejadian menaiki kereta Produa Alza yang dipandu cucu lelakinya berusia 20-an yang mengalami kecederaan.

Artikel berkaitan: Gagal tukar lorong dipercayai punca nahas maut 3 warga emas

Noraini berkata, sebelum kejadian mereka dalam perjalanan balik selepas melawat saudara lelaki yang meninggal dunia akibat sakit kanser di Felda Permanis Segamat.

“Kami bersama ahli keluarga yang lain beterima kasih kepada semua pihak dalam urusan Pengebumian.”Selain itu, kami juga reda di atas kematian tiga bersaudara dan semoga rohnya dicucuri rahmat, ” katanya.

Rosnah Abd Hatah, 58 (anak kepada Allahyarham Indok Akok) berkata, sebelum kejadian ibunya ajak tidur bersama dan saya menuruti.

“Apa yang aneh, sifat peramahnya berubah menjadi pendiam sepanjang semalaman ketika tidur bersamanya.

“Biasanya selain peramah, sering bercerita berkaitan agama,namun kesunyian tanpa perbualan petanda akan pergi buat selama-lamanya.

“Mereka termasuk dua arwah yang meninggal dunia dalam kejadian itu amat disenangi penduduk kampung kerana kesungguhan dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan, katanya anak ke-6 dari 8 beradik yang tinggal di Kampung Parit Setan Benut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat Deputi Superintendan Ahmad Zamri Marinsah dalam kenyataannya berkata, siasatan sedang dijalankan termasuk punca kemalangan dan identiti mangsa.

“Siasatan mengikut Sekyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, ” katanya.

Loading...
Terkini