comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Jenazah suami isteri dibunuh anak selamat dikebumi satu liang lahad

 

KUALA LUMPUR: Jenazah suami isteri yang maut dipercayai ditikam anak kandung mereka dalam kejadian di Kampung Sungai Penchala pada Sabtu selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Penchala kira-kira jam 9 malam tadi.

Kira-kira 100 orang terdiri daripada ahli keluarga dan penduduk setempat hadir.

Terdahulu jenazah Allahyarham Agus Omar, 82 dan Allahyarham Darlisma Nyatu Salleh, 72 dibawa daripada Jabatan Patologi Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan tiba di Masjid Jamek Tengku Abdul Aziz Shah, Kampung Penchala untuk disolatkan.

FOTO: NSTP

Media bagaimanapun tidak dibenarkan untuk berada di perkarangan kawasan masjid dan juga tanah perkuburan atas permintaan keluarga.

Semalam, mayat kedua-dua warga emas terbabit ditemui terbaring berlumuran darah di ruang tamu rumah mereka.

FOTO: NSTP

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid mengesahkan keduanya dipercayai dibunuh suspek yang berusia 42 tahun yang juga anak kepada mangsa sebelum melarikan diri.

Suspek bagaimanapun ditahan jam 10.30 malam di bawah terowong Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat -(SPRINT)

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Hasil semakan mendapati suspek memiliki sembilan rekod kes jenayah dadah sejak Januari 2016 hingga November lalu.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini