comscore
Tumpuan :
Nasional

Jenazah Salahuddin disembahyangkan di Masjid Jamek Dato’ Haji Noh Gadot

PONTIAN: Jenazah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Seri Salahuddin Ayub disembahyangkan di Masjid Jamek Dato’ Haji Noh Gadot di Serkat di sini, hari ini.

Van yang membawa jenazah Ahli Parlimen Pulai itu tiba pada 8.50 pagi dari kediaman ibunya di Jalan Adil, di sini dan jenazah disembahyangkan pada 9.45 pagi.

Artikel berkaitan: Jenazah Salahuddin akan disemadikan berhampiran pusara ayahandanya

Suasana pilu menyelubungi suasana ketika jemaah membacakan surah Yasin, tahlil dan doa arwah.

Solat jenazah diimamkan Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Senator Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa.

@buletintv3

Suasana pilu saat solat jenazah Allahyarham Salahuddin Ayub di Masjid Jamek Dato’ Hj Noh Gadot, Serkat, Pontian, Johor #beritaditiktok #buletintv3 #salahuddinayub #solatjenazah

♬ original sound – BuletinTV3 – BuletinTV3

Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Jeram itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Sulong, Serkat sebelum solat Zuhur.

Salahuddin, 61, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah pada 9.23 malam tadi (Ahad) setelah ditidurkan selepas menjalani pembedahan akibat pendarahan otak.

Timbalan Presiden Amanah itu meninggalkan isteri, Datin Seri Fatimah Taha dan empat anak lelaki dan dua anak perempuan. – BERNAMA

Loading...
Terkini