comscore
Tumpuan :
Nasional

Jenazah Salahuddin dibawa pulang ke Johor dengan pesawat khas – Anthony Loke

Foto NSTP: Menteri Pengangkutan Anthony Loke

SEREMBAN: Jenazah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub akan dibawa pulang ke Johor dengan penerbangan khas pada 1 pagi ini.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata penerbangan itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 11 malam tadi.

Artikel berkaitan: Jenazah Salahuddin akan dihantar pulang ke rumah ibunya

“Saya amat sedih mendengar berita tersebut, pegawai Allahyarham memaklumkan kepada saya untuk dapatkan pesawat khas untuk bawa jenazah ke kampung halamannya untuk dikebumikan,” katanya ketika berucap pada majlis Pengenalan Calon Pakatan Harapan bagi pilihan raya negeri (PRN) Negeri Sembilan malam ini.

Beliau turut menyifatkan Allahyarham sebagai seorang pemimpin yang amat disayangi dan berprinsip dalam perjuangan politiknya bersama Pakatan Harapan (PH).

Artikel berkaitan: Pemergian Salahuddin kehilangan besar kepada negara – PAS

Salahuddin meninggal dunia pada 9.23 malam ini pada usia 61 tahun di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

Semalam, Setiausaha Akhbar kepada Salahuddin iaitu Syakirin Husnal memaklumkan beliau dikejarkan ke wad kecemasan HSB pada 10.15 malam Jumaat dan mendapat rawatan setelah mengalami mual serta muntah-muntah sebelum disahkan mengalami pendarahan otak oleh doktor pakar.

 

 

 

Loading...
Terkini