PONTIAN: Jenazah Datuk Seri Salahuddin Ayub akan disemadikan berhampiran kubur bapanya, Ayub Umar dan datuknya, Awang Abdul Hamid di Tanah Perkuburan Jalan Sulong, Kampung Serkat, di sini hari ini.
Ketika ini, jenazah berada di Masjid Jamek Dato’ Hj Noh Gadot, Serkat, bagi urusan solat jenazah.
Selepas itu jenazah akan dibawa ke tanah perkuburan sekitar 11 pagi untuk disemadikan.
Perkarangan masjid ketika ini penuh sesak dengan ahli keluarga, saudara mara dan orang ramai yang datang untuk sama-sama menyaksikan perjalanan terakhir Allahyarham.
Artikel berkaitan: “Saya menangis sepanjang perjalanan dari Alor Setar ke Pulau Pinang” – Sim Tze Tzin
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) itu menghembuskan nafas terakhir pada 9.23 malam tadi di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah pada usia 61 tahun.