Tumpuan :
Nasional

Jenazah Salahuddin akan dihantar pulang ke rumah ibunya

PETALING JAYA: Jenazah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub sedang diuruskan untuk dihantar pulang ke rumah ibunya di Kampung Serkat (Kopi Tenggek), Tanjung Piai.

Jenazah akan diterbangkan ke Johor jam 1 pagi ini sebaik selesai urusan di Jabatan Forensik, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar.

Artikel berkaitan: Berehatlah, sahabatku – PM

Setiausaha Akhbarnya, Syakirin Husnal dalam satu kenyataan malam ini memaklumkan pihak keluarga Allahyarham merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada semua pihak atas doa dan ingatan yang diberikan terhadap Allahyarham selama ini.

Artikel berkaitan: Salahuddin meninggal dunia

“Keluarga Allahyarham juga ingin berterima kasih kepada semua doktor dan petugas di HSB, Alor Setar,” katanya.

Salahuddin 61 yang juga Ahli Parlimen Pulai menghembuskan nafas terakhir jam 9.23 malam tadi.

Beliau yang mengalami pendarahan otak menjalani pembedahan di HSB awal pagi semalam.

Loading...
Terkini