comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Jenazah Safsufarnisya selamat dikebumikan

 

Oleh Amira Suraini Che Mohamad

KANGAR: Begitu indah perjalanan terakhir mangsa tembakan suami, Safsufarnisya Salleh, 26, ke ‘rumah’ abadinya.

Jenazah diringi lebih 300 sanak saudara, kenalan dan warga Polis DiRaja Malaysia (PDRM) ke Tanah Perkuburan Islam Masjid Putra Simpang Empat, disini, yang selamat dikebumikan pada jam 9.50 malam tadi.

Ramai pihak termasuk anggota polis turut membantu melancarkan urusan pengebumian jenazah.

Terdahulu, jenazah Allahyarham dibawa dari Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar ke kediaman keluarganya di Kampung Bendang Baru, disini, selepas proses bedah siasat dilakukan.

Jenazah tiba di tanah perkuburan berkenaan pada 9.20 malam selepas disolatkan di rumah dengan diimamkan bapa saudaranya yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis, Rus’sele Eizan.

“Alhamdulillah, urusan pengebumian Allahyarham selesai dilakukan.

“Satu sejarah tercatat di tanah perkuburan ini apabila urusan pengebumian dihadiri seramai ini, kira-kira lebih 300 orang. Alhamdulillah,” katanya kepada Buletin TV3 sejurus selesai urusan pengebumian Allahyarham.

Kedua ibu bapa mangsa bersama ahli keluarganya turut kelihatan tenang sepanjang urusan pengebumian dilakukan.

Allahyarham disahkan hamil lima bulan, maut ditembak suaminya yang juga anggota polis berpangkat Lans Koperal dalam kejadian sekitar 6 pagi semalam, di rumah mereka di Kampung Bendang Baru, disini.

Loading...
Terkini