comscore
Tumpuan :
Nasional

Jenazah pesara guru maut ditikam, anak dikebumi satu liang

SEREMBAN: Jenazah pesara guru yang maut ditikam petang semalam dikebumikan dalam satu liang bersama anaknya yang turut meninggal dunia selepas kejadian sama.

Jenazah warga emas berusia 65 tahun itu dan anaknya, 32, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Senaling di Kuala Pilah, dekat sini, kira-kira jam 6.30 petang tadi.

Media malam tadi melaporkan seorang warga emas meninggal dunia selepas dipercayai ditikam anak kandungnya di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, Kuala Pilah, kira-kira jam 4.40 petang tadi.

Kejadian berlaku kira-kira jam 4.40 petang ketika warga emas berusia 65 tahun itu memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.

Sejurus kejadian itu, suspek meninggalkan lokasi kejadian menggunakan sebuah kereta sebelum ditemui terbaring di tepi jalan dekat Pekan Senaling dan disahkan meninggal dunia.

Terdahulu, jenazah warga emas berkenaan selesai dibedah siasat dan dimandikan kira-kira jam 1 tengah hari, disusuli jenazah anaknya tiga jam kemudian.

Beberapa ahli keluarga dan kenalan dilihat hadir ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di sini, untuk membantu menguruskan jenazah dan memberi penghormatan terakhir.

Jenazah kemudian dituntut ahli keluarga kira-kira jam 5 petang sebelum dibawa ke Masjid Kariah Kampung Senaling untuk pengebumian.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini