PUTRAJAYA: Jenazah Hazlami Ahmad Nizam, pendaki Malaysia yang meninggal dunia ketika pendakian ke Mera Peak, Nepal dijangka dibawa turun, hari ini.
Pejabat Perwakilan Diplomatik Malaysia (Malawakil) di Nepal ketika dihubungi berkata, sekiranya keadaan cuaca mengizinkan, jenazah Hazlami, 33, akan dibawa turun menggunakan helikopter ke Kathmandu.
Pejabat Malawakil turut dimaklumkan waris Allahyarham sudah tiba di Kathmandu untuk pengurusan jenazah dan proses membawa pulang ke tanah air.
Kematian Hazlami yang juga kakitangan Petronas Chemicals meninggal dunia dilapor selepas Malawakil Malaysia menerima panggilan pada 11 pagi semalam (waktu Nepal).