comscore
Tumpuan :
Nasional

Jenazah Lans Koperal Mohd Hafiz selamat dikebumikan

Oleh: Kumaran Rajamoney

SUNGAI PETANI: Jenazah Lans Koperal Mohd Hafiz Haris, salah seorang daripada tiga anggota tentera yang maut dalam kemalangan di kilometer 77.5 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) pagi Jumaat, selamat dikebumikan kira-kira jam 12.52 awal pagi tadi, di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Wajdi.

Terdahulu, jenazah disolatkan di Masjid Al-Wajdi sekitar jam 11.30 malam.

Suasana hiba menyelubungi tanah perkuburan dengan kehadiran kira-kira 200 ahli keluarga, kenalan dan pimpinan Tentera Darat Malaysia (TDM).

Allahyarham meninggal dunia di tempat kejadian akibat dirempuh sebuah lori, ketika sedang membuat pemeriksaan terhadap trak TDM yang mengalami kerosakan.

Turut maut, dua lagi anggota tentera iaitu Sarjan Rozali Abdull Rani dan Koperal Mohd Asri Idris.

Jenazah Sarjan Rozali dijadual dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kg Gong Bayor, Besut, Terengganu, manakala Mohd Asri pula di Tanah Perkuburan Islam Bukit Lakota, Jeli, Kelantan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini