Oleh: Izzatie Rizan
SUBANG JAYA: Jenazah pelakon veteran Allahyarham Lan Zailan, 66, selamat dikebumikan pada jam 11.22 pagi di Tanah Perkuburan Islam USJ 22 di sini.
Terdahulu jenazah dibawa ke Masjid As-Salam Puchong Perdana untuk disolatkan sebelum dibawa ke tanah perkuburan untuk pengebumian yang dihadiri lebih 500 orang terdiri daripada ahli keluarga serta rakan artis.
Allahyarham yang memulakan kerjaya lakonan sejak empat dekad lalu, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) jam 4.24 pagi tadi akibat kanser pankreas tahap empat.
Sebelum ini, media melaporkan doktor meramalkan jangka hayat Lan atau nama sebenar, Zailan Kamaruddin Mohd hanya tiga bulan selepas kanser merebak ke hati dan paru-paru.
Antara drama yang pernah dibintangi Allahyarham adalah Santan Berlada, Rumah Kedai, Kisah Benar, serta Gerak Khas.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.