Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Jenazah jurulatih TUDM dibawa ke Kemaman untuk pengebumian

 

 

SEGAMAT: Jenazah seorang daripada mangsa yang terkorban semasa seisi latihan di Kem Sirajuddin, Gemas semalam di tuntut ahli keluarga di bilik mayat Hospital Segamat di sini jam 8.55 pagi tadi. Difahamkan jenazah mangsa Koperal Udara Mohd Shuib Bidin akan dibawa semula ke Kem Sirajuddin sebelum diterbangkan ke Kemaman untuk proses pengebumian.

Mangsa adalah jurulatih di Institut Pengajian Pentadbiran dan Pengurusan (INSTAR), Pangkalan Udara Sendayan. Mangsa 33 tahun menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 5.45 petang semalam ketika dirawat di Hospital Segamat.

Allahyarham Laskar Udara, Mohd Iqmal bin Masdi (kiri) dan Allahyarham Koperal Udara, Syuib bin Bidin.

Manakala seorang lagi mangsa Laskar Udara I Mohd Iqmal Masdi berusia 22 tahun terkorban di tempat kejadian.

Kemalangan berlaku kira-kira jam 12.10 tengah hari semalam ketika mereka menjalani Latihan Menembak Senjata Bantuan dan Bom Lempar di Tapak Latihan Grenade Asas, Lapang Sasar Kem Syed Sirajuddin, Gemas.

Mohd Iqmal yang berasal dari Lenggeng, Negeri Sembilan adalah penuntut Kursus Pembantu Pertahanan (KPP) Kelas 1 Siri 78/23 di INSTAR Pangkalan Udara Sendayan.

Sekurang-kurangnya seorang lagi jurulatih INSTAR turut tercedera dalam kejadian itu. Mangsa, Koperal Udara Khairuzaman Lokman, 35 tahun berasal dari Kluang, Johor. Beliau yang masih dirawat di Hospital Segamat dilaporkan dalam keadaan stabil.

Jenazah Mohd Shuib dituntut kakaknya Noraziah Bidin pagi tadi.

Loading...
Terkini