comscore
Tumpuan :
Nasional

Jenazah Ibnor Riza dijangka dikebumikan di Batu Kikir, Negeri Sembilan

KUALA LUMPUR: Jenazah Allahyarham Ibnor Riza atau nama penuhnya Ibnor Riza Ibrahim, 62 tahun dijangka dikebumikan di Batu Kikir, Negeri Sembilan.

Perkara itu dimaklumkan keluarga Allahyarham kepada penyanyi, Azizul Khamis yang kini berada di Hospital Canselor Tunku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM), Cheras.

Kata Azizul lagi keluarga Ibnor sebolehnya mahu arwah dikebumikan malam ini.

“Saya sembang-sembang, bincang-bincang tanya Sarimah dan Hayati, dua-dua isteri dia. Sekarang ini jenazah sedang dibuka kabel dan tiub-tiub. Kemudian akan dibawa ke forensik, dimandikan, dikafankan.

“Katanya nak sembahyang di sini, nak bawa balik ke Batu Kikir. Adik-beradik dia cakap kalau boleh nak cepat-cepatkan lagi. Itu sumber yang saya dapat tahulah daripada isterinya,” katanya.

FOTO: NSTP

Azizul bagaimanapun berkata ia tidak dapat dipastikan sama ada urusan itu akan berjalan seperti dirancang.

“Apa-apa hal, rasanya malam ini juga akan dikebumikan. Kepastian nak gerak dari sini pun tak pasti lagi sebab forensik tak dapat tengok lagi,” katanya.

Ibnor meninggal dunia jam 3.30 petang tadi di HCTM.

Terdahulu, penyanyi Mimpi Yang Tak Sudah itu dilaporkan kritikal dan masih ditidurkan selepas menjalani pembedahan mengeluarkan air dalam kepalanya pada 2 Disember lalu.

Ibnor disahkan menghidap kanser limfoma tahap empat pada Mac lalu dan berterusan menerima rawatan termasuk kemoterapi.

Ibnor memulakan kerjaya seninya sejak 1984 dengan menyertai pertandingan Bintang RTM.

Allahyarham merupakan bekas kakitangan kerajaan namun bersara awal pada 1993 untuk menumpukan pada bidang seni.

Antara lagu dendangan Allayarham yang terkenal adalah Mimpi Tak Sudah, Meneka Dalam Kesamaran, Berdiri Seorang Perindu, Sudah Terluka Merindu Pula.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini