Tumpuan :
Nasional

Jenazah Hazlami selamat dibawa turun 

FOTO: Ihsan Malawakil di Nepal

PUTRAJAYA: Jenazah pendaki Malaysia Hazlami Ahmad Nizam selamat dibawa turun dari laluan ke Mera Peak, Nepal hari ini.

Menurut Pejabat Perwakilan Diplomatik Malaysia (Malawakil) di Nepal, setakat jam 2 petang waktu tempatan laporan polis juga sudah dibuat di Lukla dan jenazah akan diterbangkan ke Teaching Hospital, Kathmandu.

Difahamkan bedah siasat jenazah Hazlami yang juga kakitangan PETRONAS Chemicals Kuantan, akan dilakukan di hospital bagi mengesahkan punca kematian dan prosesnya hanya akan ditentukan oleh pihak hospital.

Katanya, ahli keluarga Hazlami juga sudah mengadakan perbincangan dengan kedutaan dan membuat keputusan untuk membawa pulang jenazah ke tanah air.

“Setakat ini jenazah masih belum tiba di hospital dan pihak Malawakil akan menyalurkan maklumat dari masa ke semasa,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Hazlami, 33, dilaporkan meninggal dunia ketika menyertai aktiviti mendaki di Mera Peak, Nepal 5,700 meter (m) (dari aras laut) pada Khamis lalu.

Pihak Malawakil menerima berita kematian itu pada jam 11 pagi selepas dimaklumkan oleh pihak keluarga Hazlami.

Proses membawa turun jenazah ke aras 5,500 m (dari aras laut) sudah dilakukan oleh malim gunung semalam bagi memudahkan helikopter membawa keluar jenazah berkenaan.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini