Tumpuan :
Nasional

Jenazah Harun Jusoh selamat dikebumikan

KUALA TERENGGANU: Jenazah bekas bintang bola sepak negara, Harun Jusoh, 75, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Sultan Mahmud, Batu Buruk, jam 9.30 malam tadi.

Kira-kira 100 ahli keluarga dan kenalan Allahyarham menghadiri pengebumiannya termasuk bekas jurulatih Terengganu dan pasukan kebangsaan, Abdul Rahman Ibrahim.

 

Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya petang tadi kira kira jam 4.26 pada usia 75 tahun di rumahnya di Lorong Haji Da, Batu Buruk, Kuala Terengganu, akibat masalah saraf dan radang sendi yang dihidapinya sejak  5 tahun lalu.

Beliau meninggalkan seorang balu, Sharifah Azizah Syed Omar, 71, dan empat orang anak.

Allahyarham merupakan tonggak kebangsaan yang beraksi pada Sukan Olimpik Munich 1972 bersama Allahyarham Mokhtar Dahari dan Datuk Soh Chin Aun selain pernah menyertai Sukan SEA 1969 di Myanmar.

Loading...
Terkini