Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Jenazah enam mangsa kemalangan dituntut waris

KEMAMAN: Jenazah enam mangsa tragedi kemalangan di Kilometer 153, Jalan Jerangau-Jabor, dekat Cheneh dituntut ahli keluarga masing-masing untuk proses pengebumian.

Jenazah, Tuan Yah Dollah, 61 dan Rosliza Mat Hussin, 38 tahun, dituntut jam 12.30 malam tadi dan dijangka dikebumi jam 9 pagi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Cabang 3, Jabi, Jerteh, Terengganu.

Jenazah Nor Nadia Natasha Abu Bakar 23 dan anaknya Nur Syafinaz Naura bt Saiful Azwan, 2 tahun pula dituntut jam 6.00 pagi tadi dan akan dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Felda Keratong tengahari ini.

Sementara jenazah Abdul Halim bin Ismail 71 tahun dan Alisha Mardhiah Muhammad Ubaidillah Zikri 2 tahun dituntut jam 7.30 pagi dan akan dikebumi di Tanah Perkuburan Islam di Batu Rakit 11.00 pagi ini.

Kesemua enam jenazah akan dikebumi hari ini

Semalam, dua lagi mangsa tragedi kemalangan di Kilometer 153, Jalan Jerangau-Jabor, dekat Cheneh, yang disahkan meninggal dunia ketika diberi rawatan dikenali sebagai Rosliza Mat Hussin, 38, dan Nur Alisha Mardiah Mohammad Ubaidillah Zikri, 2 tahun.

Rosliza dikatakan menaiki kereta bersama tiga ahli keluarganya yang meninggal lebih awal manakala Nur Alisha Mardiah, adalah penumpang sebuah lagi kereta yang terbabit dalam kemalangan itu.

Sebelum ini, empat mangsa meninggal dunia ditempat kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala dan anggota badan.

Dalam kejadian 4.45 petang semalam, dua buah kereta bertembung di Kilometer 153, Jalan Jerangau-Jabor berhampiran bandar Cheneh Baru, di Kemaman.

Loading...
Terkini