SEGAMAT: Jenazah dua kanak-kanak lelaki mangsa lemas di Sungai Pulau Jering di Kampung Bukit Tunggal, semalam, dikebumikan, hari ini.
Jenazah Ahmad Muhammad Ibnu Hermee, 12 dan Muhammad Khalifi Kamaruzaman, 13, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Bukit Tunggal, selepas solat Zohor.
Bapa mangsa, Hermee Latim, 47, berkata mereka sekeluarga reda dengan pemergian anaknya itu.
“Alhamdulillah, Allah SWT memudahkan segala urusan daripada proses bedah siasat hinggalah pengebumian jenazah arwah,” katanya.
Kira-kira 250 penduduk kampung dan sanak saudara berada di kawasan tanah perkuburan berkenaan.
Dua kanak-kanak itu ditemui lemas dalam sungai terbabit, semalam.