Tumpuan :
Nasional

Jenazah dua beradik dikebumi dalam satu liang lahad

Gambar Siti Rabiah Johari, 13 (kanan) dan adiknya, Siti Nursalina, 10, (dua dari kanan) bersama ibu, Mersidita Yunos, 46 (kiri) sebelum kejadian lemas di Pantai Awam Tanjung Buloh, Kuala Sedili, semalam. -FOTO: ihsan keluarga

KOTA TINGGI: Jenazah dua beradik perempuan yang lemas di Pantai Tanjung Buloh, Tanjung Sedili, Kota Tinggi, Johor petang semalam dikebumikan dalam satu liang lahad.

Jenazah Allayarham Siti Nursalina Johari, 10 tahun dan Siti Rabiah, 13 tahun, dikebumikan jam 11.15 pagi tadi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Temenin Lama.

Jenazah kedua beradik itu dibawa ke Masjid An Nur, Kampung Batu Empat, jam 10.20 pagi tadi untuk dimandi dan disembahyangkan.

Jenazah dua beradik, Siti Rabiah Johari, 13, dan Siti Nursalina Johari, 10, yang meninggal dunia akibat lemas di Pantai Awam Tanjung Buloh, Kuala Sedili semalam, dimandi dan dikafankan di Unit Perubatan Forensik, Hospital Kota Tinggi, sebelum disembahyangkan di Masjid An-Nur, Kampung Batu 4 dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 4, Jalan Lombong.

Upacara pengebumian itu dihadiri kira-kira 50 orang termasuk ahli keluarga dan kenalan.

Bapa mangsa, Johari Mohd Barjol, 50 tahun berkata, beliau juga berdepan detik cemas apabila turut dihanyutkan arus ketika cuba menyelamatkan dua anaknya.

Johari Mohd Barjol, 50, bapa kepada dua beradi, Siti Rabiah, 13, dan Siti Nursalina, 10, yang meninggal dunia akibat lemas di Pantai Awam Tanjung Buloh, Kuala Sedili, semalam, menunjukkan gambar dua beradik itu. – FOTO: NSTP

“Lepas itu dalam pukul tiga lebih dia langsung pergi ke laut dengan mak dia lah pergi ke laut Mandi jadi bukan dekat situ dia ditempat lain dekat situ yang berlaku dengan sekelip mata dia tarik terus ke laut jadi anak saya yang sulung terus bagi tahulah panggil saya saya pun hampir hampir lemas,” katanya.

Walaupun masih bersedih kerana kehilangan dua anaknya, namun seluruh ahli keluarganya redha dengan ketentuan Ilahi.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang semalam, kedua-dua mangsa iaitu anak keempat dan kelima daripada enam beradik, ditemui lemas ketika mandi di pantai berkenaan bersama ahli keluarganya.

Dua lagi mangsa termasuk, ibu mangsa Mersidita Yunos, 46 tahun dan seorang lagi wanita, Saleha Haron, 27 tahun berjaya diselamatkan orang ramai.

Mereka masih dirawat di Hospital Kota Tinggi dan dilaporkan stabil.

Loading...
Terkini