comscore
Tumpuan :
Nasional

Jenazah dipindahkan 3 kali redah banjir

Jenazah seorang wanita dipindahkan sebanyak tiga kali daripada van jenazah Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) Temerloh ke atas trak tentera.

JERANTUT: Jenazah seorang wanita terpaksa dipindahkan tiga kali dari van jenazah ke trak tentera berikutan laluan di Kampung Paya Garok, Jalan Jerantut-Felda Padang Piol, dekat sini, dinaiki air.

Dalam kejadian 12 tengah hari itu, van jenazah Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh tidak dapat meneruskan perjalanan kerana laluan di kawasan itu ditenggelami air sedalam kira-kira 0.5 meter sejauh kira-kira 100 meter dan tidak boleh dilalui kenderaan ringan.

Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Tawar Haris Salleh Hamzah yang turut serta menguruskan jenazah berkata, sebaik tiba di Kampung Paya Garok, van yang membawa jenazah Zaiton Mohamad, 66, tidak dapat melalui kawasan yang digenangi air.

“Jenazah yang dibawa menggunakan van jenazah Hospital Hoshas dipindahkan ke trak tentera untuk menyeberangi kawasan digenangi air, kemudian dipindahkan sekali lagi ke van jenazah dari Felda Padang Piol.

“Alhamdulillah pengurusan jenazah selamat dilakukan dengan kerjasama tentera, bomba, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), pejabat penghulu dan Angkatan Pertahanan Awam (APM),” katanya ketika ditemui, hari ini.

Arwah Zaiton meninggal dunia di Hoshas akibat penyakit radang hati pada 11.35 malam tadi dan jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Felda Padang Piol hari ini.

Loading...
Terkini