comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Jenazah Datuk Pahamin Rajab akan disemadikan di kota London

 

Oleh Fatin Hanani Sahimi

PETALING JAYA : Jenazah bekas Pengerusi AirAsia Berhad, Allahyarham Datuk Pahamin Rajab akan disemadikan di kota London.

Artikel berkaitan: Datuk Pahamin Rajab meninggal dunia akibat serangan jantung

Menerusi satu pesanan ringkas daripada ahli keluarga Allahyarham hari ini,  ia adalah bagi memenuhi hajat Allahyarham yang mahu disemadikan di kota terakhir beliau meninggal dunia.

“Jasad Allahyarham Pahamin Rajab akan disemadikan di kota London selaras dengan hajat beliau untuk disemadikan di kota terakhir beliau meninggal dunia,” kata ahli keluarganya.

Menerusi pesanan tersebut, ahli keluarga memaklumkan ingin menyempurnakan pengebumian Allahyarham secepat mungkin.

“Kami sekeluarga ingin menyempurnakan pengebumian Allahyarham secepat mungkin seperti yang dipesan Rasullullah SAW.”

Butiran berkenaan tempat dan masa pengebumian akan dimaklumkan secepat yang mungkin.

Semalam media melaporkan, Allahyarham meninggal dunia akibat serangan jantung ketika dalam penerbangan ke London, United Kingdom (UK).

Allahyarham yang juga bekas Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam perjalanan menghadiri majlis graduasi cucunya di London.

Loading...
Terkini