Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Jenazah Daim dibawa ke Masjid Wilayah

Jenazah sebelum itu dikafan dan disempurnakan solat jenazah di kediaman itu dan sekali lagi disolatkan di Masjid Wilayah yang dijangka dilakukan selepas Asar pada jam 4.40 petang.

PETALING JAYA: Jenazah bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin dibawa keluar dari kediamannya di Bukit Tunku kira-kira jam 3.35 petang untuk disolatkan di Masjid Wilayah, Jalan Duta.

Jenazah sebelum itu dikafan dan disempurnakan solat jenazah di kediaman itu dan sekali lagi disolatkan di Masjid Wilayah yang dijangka dilakukan selepas Asar pada jam 4.40 petang.

@buletintv3

Jenazah Tun Daim Zainuddin dibawa ke Masjid Wilayah, Jalan Duta untuk disembahyangkan sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara 1. Perjalanan terakhir Allahyarham terus diiringi kunjungan sahabat-handai yang terdiri daripada rakan seperjuangan politik, perniagaan dan korporat, Isteri Allahyarham, Toh Puan Na’imah Abdul Khalid dilihat sesekali menyeka air mata, namun masih mudah untuk didekati. #BuletinTV3 #PerginyaTunDaim #TunDaim

♬ original sound – BuletinTV3 – BuletinTV3

Daim ِmenghembuskan nafas terakhir di hospital Assunta, Petaling Jaya kira-kira jam 8.21 pagi.

Antara kenamaan yang hadir ialah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan veteran politik, Tan Sri Dr Syed Hamid Albar.

Turut memberi penghormatan akhir, Ketua BERSATU Selangor, Datuk Seri Azmin Ali, tokoh perniagaan, Tan Sri Vincent Tan, bekas Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim.

Ia juga diziarahi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal and Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan; Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman serta bekas Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini