BATU PAHAT: Jenazah Mila Sharmilah Samsusah, 32, tiba di Masjid Jamek Dato Bentara Luar petang ini, pada jam 4.47 petang tadi dari Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru.
Turut menemani jenazah Bella ialah kakaknya, Norhisham.
Jenazah Mila Sharmilah Samsusah, 32, tiba di Masjid Jamek Dato Bentara Luar petang ini, pada jam 4.47 petang tadi dari Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru. pic.twitter.com/c0PY5kML3H
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) January 24, 2024
Kira-kira 200 hadir untuk sama mengadakan solat jenazah serta memberi penghormatan terakhir kepada Bella.
Suasana di perkarangan masjid ketika ini sayu dengan seluruh ahli keluarga Bella mengenakan pakaian hitam.
Jenazah Bella dituntut ahli keluarganya pagi tadi sebaik selesai mengikuti prosiding teman lelakinya yang didakwa membunuhnya di Mahkamah Batu Pahat pagi tadi.
Sebaik selesai solat, jenazah itu kemudiannya dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Banang Jaya, Jalan Tanjung Laboh untuk dikebumikan.