comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Jenazah Bella selamat dikebumi

BATU PAHAT: Jenazah Mila Sharmila Samsusah atau Bella selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Banang Jaya, Jalan Tanjung Laboh, sebentar tadi.

Majlis pengebumian itu berjalan lancar yang dihadiri kira-kira ahli keluarga saudara terdekat serta kenalan kepada Bella, 32.

Terdahulu jenazah tiba di tanah perkuburan ada jam 5.45 petang sebaik selesai disolatkan di Masjid Jamek Dato Bentara Luar.

Suasana hiba menyelubungi tanah perkuburan apabila dua anak Bella, Eusof Abdul Fatah, 4, dan Maream Isabel, 2, diberi peluang menatap ibunya buat kali terakhir.

FOTO: NSTP

Ketika itu kelihatan ibu Bella, Noraini Salleh, 55, dan kakaknya, Norhisham, 36, tidak mampu menahan sebak sebaik jenazah dimasukkan ke liang lahad.

Bacaan talkin diketuai Imam Masjid Kampung Istana, Abdul Jalil Ali.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini