comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Jenazah Azriyani dan empat anak selamat dikebumikan dalam satu liang

 

KAMPAR: Jenazah lima sekeluarga yang maut dalam nahas kemalangan di Kilometer 310.2 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, dekat sini selamat di kebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Paya Panjang Dekat Padang Rengas, Perak.

Jenazah terdahulu disembahyangkan di Masjid Al Hadhari Padang Rengas selepas asar tadi.

Dalam nahas yang berlaku 2.27 pagi Khamis, Azriyani Abdul Latif, 45, maut bersama empat anaknya ketika dalam perjalanan pulang ke kampung di Tapah untuk membawa bapanya ke hospital.

Nahas mengorbankan anak sulung Azriyani, Muhammad Azib, 23; anak keenam, Siti Nur Aminah, 8; anak ketujuh, Muhammad Fawwaz, 7, dan anak bongsu, Ahmad Uwais Al Qorni, 5.

Proton Saga dinaiki keluarga itu dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar belakang lori membawa muatan pasir, menyebabkan Ahmad Uwais Qorni, Siti Nur Aminah, Muhammad Azib dan Azriyani maut di tempat kejadian, manakala Muhammad Fawwaz meninggal dunia di Hospital Tapah.

 

Loading...
Terkini