Tumpuan :
Nasional

Jenazah anak Zaquan Adha, Ayu Raudhah selamat dikebumikan

Jenazah anak bongsu pasangan Zaquan Adha dan Ayu Raudhah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Makam Tuan Haji Said. FOTO: NSTP

SEREMBAN: Jenazah anak bongsu bekas pemain bola sepak terkenal, Zaquan Adha Abdul Radzak dan Ayu Raudhah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Makam Tuan Haji Said, di sini, jam 9.30 pagi tadi.

Terdahulu anak pasangan itu Muhammad Aisy Al Rees meninggal dunia ketika tidur di Seremban, Negeri Sembilan kira-kira jam 1 petang, semalam.

Untuk rekod, anak lelaki kepada pasangan ini selamat dilahirkan pada 2 Ogos tahun lalu jam 12.57 tengah hari.

Ayu dan Zaquan berkahwin pada 21 Januari 2011 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tujuh cahaya mata termasuk Muhammad Aisy Qaiser, 12, Muhammad Aisy Aryann,11, Laura Zuleykha, 8, Muhammad Aisy Khaliq, 6, Muhammad Aisy Al Jibreel, 3, dan anak keenam yang berusia setahun.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini